Muzik video Angkara (lagu)

Sebelum pelancaran rasmi single, muzik video rasmi untuk "Angkara" telah diterbitkan dalam bentuk drama pendek empat episod arahan Khairul Hazwan. Episod pengenalan dipertontonkan di saluran YouTube rasmi Seventeen Eleven Music pada 3 Julai 2020, manakala episod 2 ditayangkan pada 8 Julai dan episod 3 pada 13 Julai. Episod keempat menjadi muzik video rasmi "Angkara" dilancarkan serentak dengan singlenya. Muzik video ini juga dibintangi oleh Fikry Ibrahim.[3][6]

Menurut Nana, idea ini tercetus selepas melihat anaknya, Muhammad Rayyan Nakhaie yang suka menonton filem pendek di YouTube, manakala idea jalan cerita diinspirasikan daripada kisah masalah rumah tangga yang dipaparkan dalam drama dan filem.[3] Sejak dikeluarkan, muzik video rasmi "Angkara" telah mencapai 75,000 tontonan dan berada di kedudukan ke-24 carta sohor kini selepas 13 jam pelancaran rasminya. Ia turut berada di kedudukan teratas carta iTunes.[7][8]

Rujukan

WikiPedia: Angkara (lagu) http://www.onenews.my/angkara-siti-nordiana-tampil... https://music.apple.com/us/album/angkara-single/id... https://www.budiey.com/angkara-siti-nordiana-video... https://kitareporters.com/gaya/4QbYEMZ0bz https://open.spotify.com/track/4Kr2q6yVRiGtAajt5Le... https://bebasnews.my/?p=39965 https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/... https://mediahiburan.my/ini-pertama-kali-sepanjang... https://www.mediahiburan.my/angkara-siti-nordiana/ https://murai.my/2020/83280/kini-trending-angkara-...